Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    CONMEBOL mohon penangguhan dari FIFA

    ASUNCION, 20 MAC – Badan Bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) berkata ia akan meminta FIFA untuk menangguhkan permulaan kempen kelayakan rantau itu untuk Piala Dunia 2022 di Qatar akibat pandemik koronavirus.

    Dua pusingan pertama perlawanan kelayakan yang akan bermula lewat bulan ini telah ditangguhkan kerana semua liga bola sepak di Amerika Selatan telah ditutup susulan penularan virus yang membinasakan itu.

    CONMEBOL berkata dalam satu kenyataan “ia mengambil langkah berjaga-jaga selaras dengan cadangan yang diarahkan oleh pihak berkuasa antarabangsa mengenai kesihatan awam.”

    Dua pusingan pertama akan dimainkan pada 26, 27 dan 31 Mac tetapi FIFA sebelum ini mengarahkan CONMEBOL untuk menangguhkannya.

    Tetapi semua negara-negara Amerika Selatan kini berada di bawah perintah berkurung kerana penyebaran virus telah mula merebak semakin cepat di rantau itu dan dalam masa CONMEBOL tidak mahu mencuba menjadualkan semula permainan tersebut sebelum pusingan seterusnya pada bulan September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda