LONDON, 16 Feb – Sidang media Antonio Conte telah ‘diserbu’ oleh seorang pelawak yang mahu memberikan bos Chelsea itu jersi Manchester United yang ditandatangan oleh pesaing kuatnya, Jose Mourinho.
Conte ketika itu bercakap mengenai perancangannya untuk menggilirkan pasukannya menjelang jadual ketat menentang Barcelona, Manchester United dan Manchester City semasa pelawak itu bangkit dari duduknya.
Dia bercakap dengan Conte dalam Bahasa Itali, menunjukkan satu video melalui tablet, kedengaran nama pengurus Manchester United pada video itu, dan kemudian menyerahkan jersi United kepadanya sebelum Conte menolak untuk menerima dan pelawak itu diminta keluar.
Ketika Conte melihat jersi itu, dia berhenti tersenyum. Mourinho telah menandatanganinya bulan lepas, tidak sedar ia terdapat nama Conte, ketika Mourinho didekati oleh pelawak itu dalam program yang sama di Manchester.
Conte dan Mourinho telah bertukar-tukar kritikan musim ini, sampai kemuncaknya apabila kedua pengurus itu berkata mereka ‘benci’ antara satu sama lain bulan lepas.
Sementara itu Conte kekal tanpa khidmat Tiemoue Bakayoko, David Luiz dan Ross Barkley kerana cedera bagi saingan pusingan kelima Piala FA menentang Hull dan berkata dia bersedia untuk membuat perubahan. – AFP