MILAN, 17 FEB – Antonio Conte kelmarin mengecam aktiviti perpindahan Tottenham pada Januari, mengatakan bahawa pasukannya telah menjadi ‘lemah.’
Spurs menghantar Tanguy Ndombele kembali ke Lyon, Giovani Lo Celso dan Bryan Gil masing-masing berpindah ke Valencia dan Villarreal, manakala Jack Clarke di-pinjamkan ke Sunderland dan Dele Alli menandatangani Everton.
Sementara itu, mereka membawa masuk Rodrigo Bentancur dan Dejan Kulusevski dari Juventus, dua pemain yang gagal menarik perhatian di Turin.
“Daripada mengukuhkan skuad, kami melemahkannya. Bentancur dan Kulusevski adalah prospek yang ideal untuk Tottenham, kerana Tottenham sedang mencari pemain muda yang boleh mereka bangunkan dan berkembang, bukan pemain yang bersedia. Itulah isunya,” kata Conte dalam satu temu bual dengan Sky Sport Italia.
“Ini adalah visi dan falsafah kelab.
“Tidak dapat dielakkan jika awda ingin berkembang dengan lebih cepat dan jika awda mahu bersaing dengan lebih cepat, awda memerlukan pemain yang mempunyai banyak pengalaman, kerana mereka juga meningkatkan tahap pengalaman pasukan secara keseluruhan.” – AFP