Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Conte letak sasaran tinggi musim ini

    LONDON, 5 OGOS – Antonio Conte meletak harapan tinggi bagi musim penuh pertamanya ketika pengurus Tottenham itu mengumumkan cita-citanya untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

    Pengurus Itali itu sebelum ini menyifatkan pencapaian membawa Spurs menembusi kedudukan empat teratas pada musim lalu sebagai ‘satu keajaiban’.

    Namun selepas membuat pelaburan besar-besaran pada musim panas ini dengan membawa masuk Richarlison, Yves Bissouma, Djed Spence, Ivan Perisic, Clement Lenglet dan Fraser Foster, Conte meletak sasaran yang lebih tinggi musim ini.

    “Kenapa tidak menyasarkan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara?” kata Conte menjelang perlawanan sulung musim ini di laman sendiri bertemu Southampton esok.

    “Sasaran saya dan kelab adalah untuk menambah baik. Ia adalah proses yang kami mulakan tujuh bulan lalu. Sekiranya kami sudah berada di Liga Juara-Juara ia tidak bermakna kami sudah mencapai sasaran.”

    Conte sebelum ini memenangi setiap gelaran liga dalam tiga buah pasukan yang pernah diuruskannya iaitu Juventus, Chelsea dan Inter Milan. Walau bagaimanapun, dia juga mempunyai reputasi tidak kekal lama bersama kelab dan selalu terlibat dalam pertelingkahan.

    Conte juga pernah mengugut untuk meninggalkan Tottenham beberapa bulan selepas mengambil alih peranan semasa mencatat empat kekalahan dalam lima perlawanan liga pada Januari dan Februari.

    Namun, pengurus berusia 53 tahun itu menegaskan bahawa dia komited untuk membina legasi di Spurs. – AFP

    Aksi pemain-pemain Tottenham cuba merampas bola daripada lawan semasa pertemuan persahabatan di Stadium Sammy Ofer, 30 Julai lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...