Conte rasai tugas baharu Spurs

LONDON, 8 NOV – Antonio Conte merasakan skala tugasnya di kelab baharu Tottenham ketika mereka bekerja keras untuk seri 0-0 di Everton kelmarin selepas pasukan bergelut Aston Villa, memecat pengurus, Dean Smith.

Spurs memecat Nuno Espirito minggu lalu selepas lima kekalahan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beralih kepada Conte, yang telah memenangi kejuaraan liga bersama Juventus, Chelsea dan Inter Milan.

Pengurus Itali itu menyaksikan kemena-ngan 3-2 menentang Vitesse Arnhem dalam Liga Persidangan Europa pada pertengahan minggu tetapi perlawanan kelmarin di Goodison Park memberinya gambaran yang lebih realistik tentang cabaran yang akan datang.

Perlawanan tanpa peluang jelas boleh berakhir dengan satu lagi kekalahan liga untuk pasukan pelawat kecuali campur tangan daripada VAR untuk membatalkan keputusan untuk menghadiahkan Everton sepakan penalti pada separuh masa kedua.

Pasukan Rafael Benitez menyangka mereka telah memenangi sepakan penalti selepas penjaga gol Spurs, Hugo Lloris memberikan cabaran yang sengit kepada Richarlison dan menjatuhkan pemain Brazil itu.

Tetapi selepas tinjauan VAR, pengadil, Chris Kavanagh membatalkan keputusan asalnya atas dasar Lloris menerima sentuhan sepenuhnya pada bola.

Pemain Everton, Demarai Gray tidak dapat menjaringkan gol dari hantaran lintang Lucas Digne ketika berbaki lapan minit dan pemain Spurs, Giovani Lo Celso dilayangkan kad merah untuk pasukan tuan rumah pada masa kecederaan.

Conte boleh menunjukkan rekod bersih pertama dalam liga sejak Ogos sebagai tanda kemajuan pertama tetapi pergelutan Tottenham untuk menjaringkan gol berterusan, dengan Harry Kane masih terikat dengan satu gol dalam EPL musim ini. – AFP

Ketua jurulatih Tottenham, Antonio Conte memberikan arahan kepada pemainnya, Ben Davies dalam perlawanan bola sepak EPL menentang Everton di Goodison Park kelmarin. – AP