Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Conte selar pemain ‘pentingkan diri’

    SOUTHAMPTON, 19 MAC – Jurulatih Tottenham Hotspurs, Antonio Conte menyelar pemainnya sebagai ‘pentingkan diri’, dan berkata mereka ‘tidak ingin bermain di bawah tekanan’ selepas pemain-pemainnya mensia-siakan peluang untuk merebut kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris selepas seri 3-3 menentang pasukan tercorot, Southampton, kelmarin.

    Spurs dilihat sudah pasti mencatat kemenangan penting dalam memburu kelayakan Liga Juara-Juara apabila Ivan Perisic meledak gol pada minit ke-74 selepas jaringan awal oleh Pedro Porro dan Harry Kane.

    Pasukan pelawat mendahului 3-1 pada ketika itu, selepas Che Adams menyamakan kedudukan.

    Tetapi The Saints bangkit, dengan Theo Walcott merapatkan kedudukan pada minit ke-77 sebelum James Ward-Prowse menyempurnakan sepakan penalti semasa masa kecederaan, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kemenangan Spurs di gelanggang lawan kepada lima perlawanan.

    Kekalahan terbaharu Tottenham di tangan AC Milan dan Sheffield United menyaksikan mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara dan Piala FA, dan Spurs kini mengharungi 15 tahun tanpa memenangi sebarang trofi.

    Aksi Son Heung-min cuba melepaskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Southampton pada perlawanan yang berlangsung di Stadium St Mary’s, kelmarin. – AP

    Conte berang ke atas pemainnya semasa pertemuan di St Mary’s, dengan Tottenham kini hanya dua mata mendahului Newcastle, yang mempunyai kelebihan dua perlawanan, dalam saingan memburu tempat keempat dan slot terakhir Liga Juara-Juara.

    “Kami mempunyai 11 pemain turun di padang. Saya melihat pemain mementingkan diri.

    Saya melihat mereka yang tidak ingin membantu rakan sepasukan dan tidak bermain bersungguh-sungguh,” katanya.

    “Kenapa? Kerana mereka sudah terbiasa. Mereka tidak bermain untuk sesuatu yang penting. Mereka tidak ingin bermain di bawah tekanan, mereka tidak mahu bermain dengan merasa tertekan.

    “Inilah Tottenham. Selepas 20 tahun mereka tidak memenangi sesuatu, tetapi kenapa? Puncanya ialah kelab, atau setiap pengurus yang berada di sini.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...