Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Conte yakin Son boleh beraksi di Piala Dunia

    LONDON, 7 NOV – Pengendali Tottenham, Antonio Conte yakin Son Heung-min akan kembali cergas untuk mewakili Korea Selatan di Piala Dunia Qatar bulan ini.

    Bintang Spurs itu menjalani pembedahan di bahagian muka susulan keretakan di soket mata kirinya ketika kemenangan 2-1 ke atas Marseille selepas berlaga dengan Chancel Mbemba.

    “Saya menghantar mesej kepadanya semalam selepas pembedahan dan Sonny amat kecewa dengan situasi ini.

    “Tetapi saya harap dia segera sembuh dan beraksi di Piala Dunia. Saya juga seorang pemain dan saya tahu kepentingan beraksi di Piala Dunia.

    “Saya yakin dia akan sembuh dan dapat beraksi untuk Korea Selatan,” kata Conte.

    Pemain berusia 30 tahun itu menjadi sandaran untuk pasukan Korea Selatan mara ke peringkat kalah mati di Qatar, selepas meledak 35 gol dalam 104 penampilan antarabangsa.

    Korea Selatan memulakan kempen menentang Uruguay pada 24 November dan turut berdepan Ghana serta Portugal dalam Kumpulan H.

    Musim lalu, Heung-min berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris bersama bintang Liverpool, Mohamed Salah. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemain Tottenham, Son Heung-min sedang menerima rawatan semasa dalam perlawanan antara Marseille dan Tottenham Hotspur di Stade Velodrome di Marseille, Perancis pada 1 November lepas. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...