Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Contohi Sarawak tandatangani ikrar bebas rasuah

    KUALA LUMPUR, 27 Jan – Kepimpinan semua kerajaan negeri disaran menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai azam mewujudkan perkhidmatan yang adil, telus dan bebas gejala rasuah seperti dilaksanakan kerajaan Sarawak.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata pemimpin negeri termasuk ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu mengambil inisiatif itu bagi membuktikan kesungguhan memerangi rasuah selain mengangkat amalan integriti dan beretika tinggi.

    Langkah kepimpinan dan anggota kabinet kerajaan Sarawak menandatangani IBR dua hari lepas wajar dipuji apabila menjadi negeri pertama menandatanganinya sejak diperkenalkan SPRM awal tahun ini, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    “Inisiatif menandatangani IBR yang dibuat kerajaan Sarawak menunjukkan mereka komited untuk melahirkan satu kerajaan yang bebas rasuah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda