WELLINGTON, 24 APRIL – Pulau Cook sebuah negara kecil di Selatan Pasifik mencatatkan kes kematian pertama akibat COVID hari ini, setelah dua tahun wabak itu melanda.
Seorang wanita berusia 63 tahun, yang mempunyai masalah kesihatan, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Pulau Aitutali lewat Sabtu lalu.
“Dengan rasa amat sedih saya mengumumkan bahawa kami baru sahaja merekodkan kematian pertama di negara ini disebabkan oleh COVID,” kata Perdana Menteri Mark Brown dalam satu kenyataannya pada hari ini.
“Dia telah mendapatkan ketiga-tiga vaksin anti-COVID, tetapi juga menghidap beberapa masalah kesihatan yang serius”.
Negara pulau itu telah bebas daripada COVID sehingga wabak varian Omicron muncul selepas ia membuka semula sempadannya kepada pelancong dari New Zealand awal tahun ini.
“Ia sangat tragik, tetapi tidak dijangka kami mungkin kehilangan seseorang kepada COVID,” kata Brown.
Kementerian Kesihatan Kepulauan Cook berkata ia setakat ini merekodkan 4,727 kes COVID di mana 735 daripadanya adalah kes aktif setakat pagi ini. – AFP