Tuesday, November 29, 2022
22.6 C
Brunei

-

Coolio ditemui mati dalam bilik air

Penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Gangsta’s Paradise pada 1995, Coolio, 59, ditemui mati dalam bilik air di rumah rakan lamanya.

Pemergian pemenang Anugerah Grammy itu disahkan pengurusnya, Jarel Pasey kepada agensi. Portal TMZ melaporkan, Coolio atau nama sebenarnya, Artis Leon Ivey Jr ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air ketika mengunjungi rakan lamanya.

Pasey berkongsi, Coolio pergi ke rumah rakannya sebelum masuk bilik air untuk membuang air. Bagaimanapun, katanya, penyanyi itu tidak muncul selepas agak lama berada dalam tandas. Bimbang keadaan Coolio, rakannya memanggilnya, namun tidak berjawab.

“Ketika membuka pintu bilik air, Coolio sudah terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Paramedik mengesahkan Coolio meninggal dunia dipercayai serangan jantung,” kata Pasey.

Paramedik mengesahkan Coolio meninggal dunia dipercayai serangan jantung. – Agensi

Siasatan polis tidak menjumpai barang terlarang, bagaimanapun bedah siasat akan dilakukan bagi mencari punca kematian Coolio.

Sementara itu, pengurusnya di Trinity Artists International, Sheila Finegan berkata, mereka amat bersedih atas kehilangan sahabat dan pelanggannya.

“Beliau berjaya menyentuh hati seluruh dunia dengan bakat besar dimiliki. Sudah tentu, kehilangannya akan dirindui.

“Terima kasih peminat Coolio di seluruh dunia yang mendengarkan muzik dan bersedih atas pemergiannya. Tolong ingat Coolio dalam doa awda,” katanya.

Coolio dilahirkan pada 1963 di Pennsylvania mula dikenali pada 1990an. Lagu Gangsta’s Paradise menjadi popular selepas menjadi lagu runut bunyi untuk filem Dangerous Mind lakonan Michelle Pfeiffer.

Lagu berkenaan ‘meletup’ sekelip mata sehingga berjaya menduduki tangga pertama Carta Billboard Hot 100 selama tiga minggu dan muncul single nombor satu di Amerika Syarikat pada 1995.

Pada 1996, lagu Gangsta’s Paradise dicalonkan sebagai Album Terbaik dan Vokal Rap Terbaik menerusi Anugerah Grammy yang menyaksikan Coolio dinobatkan sebagai pemenang. Lagu Gangsta’s Paradise turut mencipta sejarah apabila mencatat satu bilion tontonan dalam YouTube.

Selain itu, dua lagu lain, Fantastic Vogaye dan It Takes A Thief turut menduduki tangga kelapan dalam Carta Billboard Hot 200. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -