Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Cools tidak menyesal wakili Malaysia

    KUALA LUMPUR, 15 JUN – Pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools tidak menyesal apabila memutuskan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa berikutan kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, kelmarin.

    Pemain kacukan Malaysia dan Belgium berasal dari Kuching, Sarawak itu menyertai skuad kebangsaan kira-kira setahun yang lalu berkata bahawa beliau gembira dengan pilihannya kerana keputusan dibuat bukan semata-mata kerana bola sepak tetapi juga berkaitan semangat kenegaraan.

    “Saya berdarah Malaysia dan saya sanggup lakukan apa saja demi negara.

    “Saya berikan segalanya ketika dalam padang dan selagi saya mempunyai mentaliti sebegini, saya akan berikan 100 peratus demi pasukan dan seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023, kelmarin.

    Pemain berusia 26 tahun itu muncul antara penyumbang gol kejayaan buat Malaysia yang juga gol pertamanya bersama pasukan kebangsaan Malaysia, di samping Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Syafiq Ahmad dan Darren Lok.

    Walaupun telah menjaringkan beberapa gol bersama kelabnya di Eropah, Cools yang kini dipinjamkan kepada Zulte Waregem dari FC Midtjylland berkata perasaan menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan adalah berbeza terutamanya apabila ia adalah gol sulungnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...