Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

COP15: Sidang kemuncak biodiversiti PBB buka tirai

MONTREAL, KANADA, 8 DIS – Kira-kira 17,000 perwakilan dari 196 buah negara berhimpun di sini untuk menghadiri mesyuarat ke-15 Persidangan Biodiversiti Pihak-pihak (COP15) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mencapai persetujuan global dalam melindungi alam sekitar.

Persidangan antarabangsa selama dua minggu yang bermula pada 7 Disember itu akan menyaksikan negara-negara terlibat berusaha untuk menyepakati satu set peraturan utama baharu untuk memulihkan kehilangan biodiversiti dalam Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Pasca-2020.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata persidangan penting itu menumpukan kepada masa depan hubungan manusia dengan alam semula jadi – sistem sokongan kehidupan manusia.

“Perjuangan manusia terhadap alam semula jadi pada akhirnya adalah perjuangan terhadap diri kita sendiri.

“Kerana itu, saya menyeru satu pakatan damai mengenai alam semula jadi – GBF pasca-2020 yang dilihat mempunyai matlamat yang jelas dan menyasarkan untuk menangani punca kemusnahan ini.

“Sudah tiba masanya untuk dunia menerima pakai rangka kerja biodiversiti iaitu berdamai dengan alam semulajadi untuk memastikan masa depan hijau dan sihat untuk semua,” kata beliau pada majlis perasmian COP15 di Pusat Konvensyen Montreal kelmarin. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -