COP25 berakhir dengan kekecewaan

MADRID, 16 DIS – Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-25 (COP25) membuahkan kekecewaan dari segi jangkaan menerusi keputusan muktamad yang dikeluarkan pada Sabtu selepas run-dingan berterusan dalam kalangan delegasi yang mengambil bahagian, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Perbincangan telah dilanjutkan dua hari bagi membolehkan wakil 197 negara anggota PBB mencapai kata sepakat dalam keputusan muktamad selepas mesyuarat rasmi COP25 yang berlangsung dari 2 hingga 13 Disember.

Negara dengan pendekatan berbeza bagi menangani perubahan iklim gagal mengatasi perbezaan dalam kepentingan nasional berhubung pengagihan pelepasan karbon global, integriti alam sekitar dan pembiayaan. – Bernama