Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Copa del Rey: Madrid layan Barcelona

    MADRID, 31 JAN – Real Madrid akan menentang pesaing Clasico, Barcelona dalam perlawanan separuh akhir Copa del Rey manakala Athletic Bilbao akan menentang Osasuna.

    Penyandang juara Sepanyol itu akan melayani kunjungan Barca sebelum melawat Camp Nou, dalam satu-satunya pusingan saingan kalah mati kebangsaan Sepanyol yang diadakan pada dua perlawanan.

    Skuad kendalian Carlo Ancelotti mara ke suku akhir selepas menewaskan seteru tempatan, Atletico Madrid 3-1 dalam masa tambahan pada suku akhir, manakala Barcelona menewaskan Real Sociedad 1-0.

    “Ia perlawanan yang besar, bukan sahaja untuk Copa del Rey, ia adalah perlawanan besar di seluruh dunia,” kata pengarah sukan Barcelona, Jordi Cruyff sebagai reaksi kepada keputusan seri yang diadakan berhampiran Madrid.

    Cruyff berkata pemainnya sudah pun beralih daripada kemenangan 3-1 ke atas Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol bulan ini di Arab Saudi.

    Aksi Karim Benzema pada Liga Sepanyol baru-baru ini. – AP

    “Kami bermula dari sifar dan ia akan menjadi pertempuran yang hebat,” tambahnya.

    Athletic Bilbao yang telah mara ke separuh akhir Copa del Rey selama empat musim berturut-turut mendapat tempat di separuh akhir dengan kemenangan 3-1 ke atas Valencia pada pusingan terakhir.

    Sementara itu, lawan mereka Osasuna menumbangkan Sevilla pada suku akhir dengan kemenangan 2-1 selepas masa tambahan.

    Perjalanan Real Madrid ke Maghribi minggu depan untuk bersaing dalam Piala Dunia Kelab FIFA akan bertembung dengan tarikh biasa untuk pusingan pertama separuh akhir.

    Pusingan pertama akan diadakan pada 28 Februari dan 1 Mac depan, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan antara 4 dan 6 April depan.

    Dalam pada itu, Stadium La Cartuja di Seville dijadualkan menjadi tuan rumah perlawanan akhir pada 6 Mei. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...