Coric positif COVID-19 selepas kejohanan Djokovic

PARIS, 22 JUN – Borna Coric dari Croatia mengumumkan semalam bahawa dia telah menjalani ujian COVID-19 dan disahkan positif setelah bermain di kejohanan di Croatia yang menampilkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

“Hai semua, saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya positif untuk COVID-19,” jelas pemain nombor 50 pemain teratas dunia itu di Twitter.

Pada Ahad lalu, pemain lain, Grigor Dimitrov, mengatakan bahawa dia juga telah positif ketika menarik diri dari kejohanan itu.

Coric berkata “Saya ingin memastikan sesiapa sahaja yang berhubung dengan saya selama beberapa hari terakhir untuk menjalani ujian virus.

“Saya benar-benar minta maaf atas apa-apa kemudaratan yang mungkin disebabkan oleh saya. Saya rasa sihat dan tidak mempunyai simptom apa pun.

“Tolong jaga diri dan kesihatan. Sangat sayang kepada kamu semua!”

Coric telah menewaskan Dimitrov pada perlawanan kedua Jelajah Adria di Zadar di pantai Adriatic, Croatia pada Sabtu lalu.

Dimitrov menarik diri dari kejohanan Balkan itu setelah dia mengadu merasa tidak sihat dan semalam mengumumkan bahawa dia telah positif.

Perlawanan akhir antara Djokovic dan Andrey Rublev dari Rusia segera dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga. – AFP

Aksi Borna Coric ketika memukul bola semasa menentang Cristian Garin dari Chile di perlawanan separuh akhir kejohanan ATP World Tour Rio Open di Jockey Club di Rio de Janeiro, Brazil, pada 23 Februari lalu. – AFP