Corini dipecat kali kedua

MILAN, 5 FEB – Brescia telah memecat jurulatih Eugenio Corini untuk kali kedua musim ini, kelab yang bergelut di Serie A itu mengesahkan semalam.

Jurulatih yang berusia 49 tahun itu telah dipecat pada 3 November lalu dan digantikan oleh Fabio Grosso, tetapi diganti semula sebulan kemudian selepas Grosso mengalami kecaman orang ramai kerana isu beliau dengan Mario Balotelli, bintang terbesar kelab itu.

Brescia telah memenangi dua perlawanan sejak kembalinya Corini, menentang rakan sepasukan SPAL dan Lecce, hanya memperoleh dua mata daripada enam perlawanan terakhir mereka.

Kelab yang baru naik ke liga berada di kedudukan kedua terakhir atau tercorot dalam liga Serie A di depan kelab SPAL yang hanya dibezakan dengan jaringan gol. Corini mengambil alih di Brescia, kelab pertamanya sebagai pemain pada September 2018 dan membawa mereka ke liga musim ini selepas memenangi di divisyen Serie B.

Bekas jurulatih Palermo dan Cagliari, Diego Lopez dilaporkan akan mengambil alih tugas dengan dua perlawanan liga yang akan menentang Udinese dan juara Juventus. – AFP