Cosip 100 peratus air kelapa

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – SP Setia Sdn Bhd, baru-baru ini, telah melancarkan Cosip Coconut Water di negara ini, yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama dan pasar mini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SP Setia, Cosip dihasilkan daripada 100 peratus air kelapa dan mengandungi sumber-sumber semula jadi elektroit dan potasium tanpa bahan pengawet dan tiada perasa tambahan.

Ia terdapat dalam dua varian iaitu perisa asli dan dengan ekstrak serai, yang mana Coconut Water with Lemongrass adalah inovasi unik syarikat berkenaan, yang menjadikannya segar dengan bau serai.

Kenyataan menyatakan, serai kaya dengan manfaat kesihatan dan membantu mempromosikan pencernaan gastrousus. Cosip Coconut Water kini terdapat dalam pakej pek tetra 250ml dan 1l.

Cosip juga terdapat dalam varian dengan ekstrak serai. – Gambar serahan SP Setia