Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Costa diberi cuti tambahan

LONDON, 11 Julai – Diego Costa diberikan keizinan oleh juara Liga Perdana Chelsea untuk tidak memulakan latihan pra-musim semalam, sekali gus meningkatkan spekulasi dia bersedia untuk menyertai Atletico Madrid.

Pemain antarabangsa Sepanyol kelahiran Brazil berusia 28 tahun itu dilihat akan kembali ke Atletico biarpun mereka tidak dibenarkan menurunkan pemain baru sehingga Januari depan kerana larangan membeli pemain.

“Seorang yang tidak hadir (termasuk pemain baru Antonio Rudiger) adalah Digeo Costa selepas persetujuan bersama kelab bahawa dia seharusnya mempunyai beberapa hari rehat tambahan,” jelas kenyataan dalam laman sesawang kelab itu.

Costa melalui hubungan yang tidak menentu bersama pengurus Chelsea Antonio Conte musim lalu biarpun menjaringkan 20 gol dalam kemunculan 35 liga dalam kemenangan gelaran Chelsea.

Sebaliknya pemain itu bulan lalu mendedahkan jurulatih dari Itali itu menghantar mesej kepadanya untuk menyatakan dia tidak lagi menjadi sebahagian daripada perancangannya.

Bagaimanapun, hasrat Conte menggantikan Costa dengan Romelu Lukaku terjejas apabila pemain antarabangsa dari Belgium itu meninggalkan Chelsea untuk bersama Manchester United, biarpun kedua-dua kelab itu menawarkan bayaran sama 75 juta pound (AS$97 juta).

Costa yang mansuh kontrak pada 2019 menarik tumpuan dalam kontrak selama empat tahun di Atletico sebelum menyertai Chelsea dengan bayaran perpindahan 32 juta pound pada 2014.

Atletico yang tewas dalam rayuan menentang sekatan FIFA bulan lalu masih boleh membeli pemain pada musim panas ini tetapi tidak dapat mendaftar atau menurunkan mereka sehingga Januari depan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -