Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Costa Rica tamatkan pencarian nahas pesawat

    SAN JOSE, 2 NOV – Pihak berkuasa Costa Rica kelmarin menamatkan pencarian pesawat yang dinaiki jutawan Jerman, Rainer Schaller dan keluarganya, hampir dua minggu selepas ia terhempas di Caribbean.

    Pesawat kecil itu membawa enam penumpang yang terbang dari Mexico pada 21 Oktober dan hilang daripada radar ketika ia cuba mendarat di lapangan terbang di wilayah Limon di timur Costa Rica.

    Sumber dengan kementerian keselamatan awam memberitahu AFP bahawa “Schaller, 53 tahun” dan lima yang lain disenaraikan sebagai penumpang di dalam pesawat itu.

    “Selepas operasi berterusan selama 11 hari, Kementerian Keselamatan Awam, Pengawasan Udara, Pengawal Pantai dan polis darat telah menamatkan usaha pencarian kerana tiada lagi bukti ditemui,” kata Naib Menteri Keselamatan Awam, Martin Arias. dalam video yang disiarkan kepada akhbar.

    “Hari ini, 1 November, kami secara rasmi menutup kes pencarian nahas pesawat di Caribbean,” tambahnya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...