Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Courtney Cox menyesal suntik botoks, mengaku wajah nampak pelik

    Pelakon Courtney Cox mengaku menyesal melakukan beberapa rawatan kecantikan seperti suntikan botoks di wajahnya bagi kelihatan muda.

    Courtney, 57, itu berkata, rawatan itu tidak memberikan hasil seperti diharapkan sehingga membuatkan wajahnya kelihatan aneh.

    “Saya sedar wajah saya kelihatan sangat aneh dengan suntikan dan rawatan-rawatan lain yang saya buat dahulu,” katanya ketika ditemu bual Sunday Times.

    Dia juga berkata, ramai rakan-rakannya mengkritik penampilannya kini.

    Warganet turut memberi respons yang negatif sehingga membuatkan dia hilang keyakinan.

    Namun, kini dia sudah menerima keadaan dirinya dan seronok menikmati proses penuaan.

    Courtney berkata, dia masih menitikberatkan penjagaan wajah dengan mencuba produk-produk baharu. – Agensi

    Courtney Cox mengaku menyesal melakukan beberapa rawatan kecantikan seperti suntikan botoks di wajahnya untuk kelihatan lebih muda. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...