Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Courtney Walsh yakin Fizz ‘kembali’

DHAKA, 26 Julai – Pembaling harapan Bangladesh, Mustafizur Rahman (gambar) dalam laluan untuk kembali mendapat rentaknya ketika Australia berkunjung pada bulan depan, kata jurulatih, Courtney Walsh semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu, dikenali sebagai ‘Fizz’, menghasilkan sensasi dengan 26 wicket dalam sembilan persaingan antarabangsanya yang pertama diadakan selama sehari. Dia berada dalam arena antarabangsa pada 2015 dengan mengumpulkan lima-wicket berturut-turut ketika menentang India.

Tetapi pembedahan dibahu kirinya pada tahun lepas memaksa rehat yang panjang dan membangkitkan kebimbangan mengenai masa depannya selepas hanya menghasilkan 13 wicket dalam 18 perlawanan antarabangsa sejak kembali beraksi.

Dalam kejohanan Champions Trophy di England musim panas ini, Mustafizur hanya mampu menghimpunkan satu wicket dalam empat perlawanan walaupun Bangladesh mara ke separuh akhir menentang India.

“Saya menyedari dia sedikit terjejas di England. Kami cuba untuk meletakkannya di kedudukan yang baik dan seimbang jadi dia boleh menanganinya,” Walsh memberitahu wartawan.

“Kami juga cuba untuk mendapatkan pergerakan biasanya dan meletakkannya sedikit hampir dengan tiang.

“Dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Saya perlu memberikannya pujian kerana dia berazam untuk keluar sana dan berlatih.”

Pemain hebat Caribbean itu, yang menyertai pasukan kejurulatihan Bangladesh pada September lalu, berkata dia tidak mahu menukar aksi balingan Mustafizur.

“Saya tidak menyatakan dia akan memiliki aksi balingan baru tetapi kami cuba untuk memastikannya lebih seimbang dan meletakkannya lebih hampir kepada tiang,” katanya. “Beberapa hari lalu, dia begitu hampir kepada kebiasaannya. Dia menuju ke arah yang tepat.”

Australia dijadualkan akan memulakan dua jelajah Test Bangladesh bulan depan dan Mustafizur dijangka akan mengetuai serangan tuan rumah. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -