Courtois alami kecederaan

MADRID, 10 Jan – Penjaga gawang Real Madrid, Thibaut Courtois mengalami kecederaan pinggul dan bakal terlepas saingan La Liga menentang Real Betis dan Sevilla bulan ini.

Real Madrid semalam mengesahkan bahawa Courtois telah didiagnosis mengalami kecederaan bertahap satu iaitu kecederaan kurang parah dan terpaksa direhatkan dalam saingan Copa del Rey menentang Leganes.

“Setelah menjalani ujian ke atas pemain kami Thiabaut Courtois hari ini oleh Pasukan Perubatan Madrid, dia telah didiagnosis mengalami kecederaan bertahap satu pada otot illium kirinya. Keadaannya akan terus dipantau,” menurut kenyataan Real Madrid.

Kelab itu, yang kini menghuni tangga kelima dalam senarai La Liga, kekurangan 10 mata di belakang Barcelona. Akibat kecederaan itu, Courtois akan terlepas perlawanan menentang Real Betis dalam saingan La Liga, Ahad ini.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Madrid menentang Leganes pada 16 Januari depan sebelum melayan kunjungan Sevilla di tempat ketiga La Liga, tiga hari kemudian.

Tugas Courtois akan digantikan oleh Keylor Navas, yang dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik Eropah pada musim lalu setelah membantu Madrid menjuarai gelaran Liga Juara-Juara buat kali ketiga secara berturut-turut.

Namun kelab itu masih menyambar Courtois daripada Chelsea musim panas lalu, dan pemain Belgium itu menjadi pilihan utama selepas Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih sejak November. – AFP