Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Courtois dinobat pemain terbaik perlawanan

    PARIS, 29 MEI – Penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois merasakan dia akhirnya mendapat penghormatan sewajarnya apabila dinobatkan pemain terbaik perlawanan selepas membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah ke-14 mereka.

    Real menewaskan Liverpool 1-0 pada aksi final di Stade de France hasil jaringan Vinicius Junior namun aksi penjaga gol Belgium itu menyelamatkan beberapa percubaan memastikan kemenangan mereka.

    “Saya perlu menang aksi final untuk karier saya, supaya nama saya lebih dihormati. Saya amat gembira dan bangga dengan persembahan pasukan.

    “Kami menewaskan kelab terbaik di dunia. Manchester City dan Liverpool cukup luar biasa musim ini. Liverpool beraksi cemerlang tetapi kami mempunyai satu peluang dan menyempurnakannya.

    “Ia menakjubkan selepas beberapa tahun dan hasil usaha keras. Datang ke kelab impian saya. Ramai yang mengkritik saya. Hari ini kami membuktikan siapa Raja Eropah,” kata Courtois yang menafikan sembilan percubaan Liverpool dalam perlawanan itu. – AFP

    Penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois (tengah) menangkap bola semasa perlawanan di antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France di Saint-Denis, Paris pada 28 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...