Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Coutinho pamer aksi luar biasa

    HONG KONG, 23 Julai – Satu persembahan magis Coutinho telah membantu Liverpool kepada kemenangan 2-1 ke atas Leicester City dalam persaingan pra musim final Trofi Asia Liga Perdana.

    Dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak tawaran besar dari Barcelona untuk Coutinho awal minggu ini, pemain perancang Brazil itu telah menggariskan kepentingannya kepada Reds dengan persembahan hebat di Hong Kong.

    Pemain berusia 25 tahun itu menerima bola dari kiri menjelang rehat separuh masa, berlari ke tengah dan membuat rembatan kaki kanan yang terbukti menjadi gol kemenangan.

    “Semua orang tahu Phil Coutinho adalah pemain utama kami,” kata Klopp kepada para wartawan.

    “Dia menyayangi kelab dan bandar ini, dia adalah pemain bola sepak luar biasa. Jika dia mampu beraksi seperti malam ini, di saat sukar pra musim selepas sesi latihan, ia menunjukkan potensi besarnya.”

    Pemain Liverpool, Philippe Coutinho, (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Leicester City, Danny Drinkwater dalam persaingan Trofi Asia Liga Perdana di Hong Kong. – AP
    Pemain Liverpool, Philippe Coutinho, (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan pemain Leicester City, Danny Drinkwater dalam persaingan Trofi Asia Liga Perdana di Hong Kong. – AP

    Coutinho di awal perlawanan menghasilkan satu umpanan gol kepada pemain yang baru ditandatangi, Mohamed Salah, dengan Salah menanduk masuk hantaran Coutinho bagi membatalkan jaringan pembukaan Islam Slimani di minit ke-12.

    Klopp pula terlibat dalam bertelagah dengan pengadil Bobby Madley di separuh masa pertama, dengan warga Jerman itu mendedahkan bahawa kemarahannya tercetus kerana pemain pertahanan Leicester terlalu memberikan perhatian kepada Coutinho.

    “Pemain-pemain seperti ini membuat perbezaan. Mereka membawa orang ramai ke stadium,” kata Klopp. “Sebab itu kita perlu menjaga mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda