Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    COVAX digabung dalam program vaksinasi negara miskin

    GENEVA, 9 DIS – Program global bagi mengedarkan vaksin COVID kepada negara lebih miskin, COVAX, akan digabungkan dalam program vaksinasi asas badan dunia itu.

    COVAX, yang diketuai bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persekutuan Vaksin Gavi (Gavi) dan Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI), ditubuhkan pada 2000. Gavi, sebuah badan antarabangsa bagi meningkatkan akses kepada vaksin baharu dan kurang digunakan untuk kanak-kanak di negara termiskin dunia, berkata lembaga pengarahnya pada mesyuarat dua hari di Geneva minggu ini, bersetuju untuk menghapuskan COVAX secara berperingkat selepas 2023.

    Bagaimanapun, ia menegaskan suntikan COVID masih akan disediakan kepada negara kurang berkemampuan, bersama vaksin lain.

    “Walaupun COVAX terus mempunyai rancangan untuk senario terburuk, lembaga pada dasarnya bersetuju meneroka penggabungan vaksin COVID pada masa akan datang ke dalam program teras Gavi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

    Skim global itu setakat ini sudah menghantar lebih 1.86 bilion vaksin COVID ke 146 wilayah, dengan tumpuan untuk menyediakan suntikan yang dibiayai penderma kepada 92 ekonomi paling lemah.

    “Sokongan akan berterusan pada 2023,” kata ketua penggemblengan sumber Gavi, Marie-Ange Saraka-Yao kepada AFP. – AFP

    Gambar fail menunjukkan seorang penduduk dari bandar Alexandra menjalani ujian COVID di Johannesburg, Afrika Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...