COVID-19: 1 lagi pesakit meninggal dunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Satu lagi kes yang disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia, pada hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, kes tersebut ialah seorang lelaki berumur 68 tahun.

“Beliau telah mengalami masalah beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan jangkitan COVID-19,” jelas beliau lagi semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sehubungan itu, jumlah keseluruhan kes kematian yang disebabkan oleh COVID-19 di negara ini kekal seramai 53 orang.

Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan.

“Semoga roh kes dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” tambah beliau.