BANDAR MEXICO, 12 MEI – Kematian akibat koronavirus dalam kalangan pegawai perubatan di Mexico mencecah 111 orang dan virus tersebut telah menjangkiti antara 8,500 dan 15,000 kakitangan hospital, menurut pegawai kelmarin.
Penolong Setiausaha Kesihatan, Hugo Lopez-Gatell berkata, mangsa terkorban termasuk 66 orang doktor, 16 orang jururawat dan 29 orang kakitangan hospital yang lain, termasuk kakitangan sokongan, doktor gigi dan makmal.
Terdapat 8,544 kes COVID-19 yang disahkan di kalangan pegawai kesihatan profesional di Mexico, dan 6,747 orang lagi disyaki dijangkiti, kebanyakan mereka masih menunggu keputusan ujian.
Angka keseluruhan kes di negara itu telah meningkat kepada 36,327 kes, dengan 3,573 kematian, meskipun pegawai mengesahkan bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Beberapa bandar di Mexico mencatatkan kes yang banyak tetapi semakin berkurangan. Yang lain seperti Bandar Mexico nampaknya berada di puncak jangkitan ketika ini. Dan bandar-bandar lain masih belum mencatatkan kes yang banyak.
Oleh itu, Lopez-Gatell berkata rancangan untuk membuka semula sebahagian Mexico dijangka hujung minggu ini dan akan berbeza di setiap wilayah, berdasarkan ‘ia adalah tidak masuk akal untuk melaksanakan dasar penjarakan selamat pada tahap di peringkat kebangsaan.” – AFP





























