COVID-19: 120 doktor maut di Itali

ROM, 15 APRIL – Angka kematian akibat COVID-19 dalam kalangan doktor di Itali meningkat kepada 120 orang, apabila empat lagi meninggal dunia pada hari ini, lapor agensi berita Itali ANSA.

Persekutuan doktor kebangsaan FNOMCEO mengatakan korban terbaharu adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii, kedua-duanya doktor keluarga, Enrico Boggio (doktor gigi) dan Eugenio Malachia Brianza (doktor SERD).

Jumlah itu termasuk doktor yang telah bersara, kembali bertugas di barisan hadapan untuk bersama-sama berjuang melawan virus COVID-19. – Bernama