COVID-19: 138 anggota perubatan terkorban

TEHRAN, IRAN, 22 JULAI – Iran mengatakan 138 profesional penjagaan kesihatan telah meninggal dunia setakat ini ketika memerangi wabak koronavirus.

Agensi berita ISNA hari ini memetik Hossein Kermanpour, jurucakap badan pengawalseliaan profesional penjagaan kesihatan Iran, mengatakan bahawa jumlah kematian itu termasuk 90 doktor dan 28 perawat.

Iran awal minggu ini mengumumkan bahawa 12,000 pekerja penjagaan kesihatan telah dijangkiti di seluruh negara. Kelmarin menandakan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam di negara ini iaitu 229 orang. – AP