COVID-19: Argentina umum kematian pertama

BUENOS AIRES, 8 MAC – Seorang lelaki berusia 64 tahun meninggal dunia akibat COVID-19, semalam menjadikan kematian pertama di negara Amerika Latin.

Kementerian Kesihatan Argentina dalam satu kenyataannya, berkata lelaki Buenos Aires itu pulang dari Eropah, pada 25 Februari lalu, tanpa menyatakan nama negara yang dikunjungi.

Lelaki terbabit mendapat demam, batuk dan sakit tekak pada 28 Februari dan mendapatkan rawatan pada 4 Mac lalu dan dimasukkan ke unit rawatan rapi serta menggunakan mesin untuk bantuan pernafasan. – AFP