COVID 19: Bayern paksa tunda perlawanan

BERLIN, 4 OGOS – Bayern Munich terpaksa menunda perlawanan Piala Jerman pada Jumaat selepas COVID-19 melanda pasukan lawan dari liga bawahan, sementara keraguan di Borussia Dortmudn di mana Julian Brandt dan Thomas Meunier diuji positif dijangkiti virus.

Pusingan pertama Piala Jerman berlangsung pada hujung minggu ini tanpa penyertaan Bayern, menurut pengumuman FA Jerman kelmarin, selepas skuad lawan, Bremer SV terpaksa menjalani pengasingan diri selama 14 hari tatkala tiga pemain mereka diuji positif.

Hanya pemain yang sudah mendapatkan vaksin dari kelab divisyen kelima diberikan pengecualian.

“Kesihatan pemain kami dan lawan adalah keutamaan, jadi kami merasakan arahan untuk mengasingkan diri bagi pemain adalah keputusan betul dan diperlukan,” kata pengerusi Bremer, Peter Warnecke, yang merupakan pegawai kebersihan bagi pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Bayern sudah mengeluarkan pemain tengah Perancis, Corentin Tolisso selepas diuji positif dijangkiti virus pada minggu lalu.

Gambar fail reaksi pemain Bayern Munich semasa perlawanan persahabatan menentang Napoli, baru-baru ini. – AFP

Sementara itu, terdapat keraguan mengenai pertemuan pada Sabtu antara juara bertahan, Dortmund dan pelawat dari divisyen ketiga, Wehen Wiesbaden.

Dortmund meminta latihan dibatalkan kelmarin selepas penyerang Jerman, Brandt dan pemain pertahanan Belgium, Muenier disahkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka segara menjalani pengasingan diri.

“Kami bekerja rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan meningkatkan langkah berjaga-jaga,” menurut Dortmund dalam kenyataan.

Penularan di Bremen dan Dortmund berlaku 10 hari sebelum sepak mula apabila Bayern Munich bertemu di pendahulu liga pada 13 Ogos.

Dortmund bakal menjadi tuah rumah pertemuan Bayern empat hari kemudian di Piala Super Jerman.

Selain itu, beberapa kelab Bundesliga baru-baru ini melaporkan kes koronavirus. – AFP