‘COVID-19 belum berakhir’

KUALA LUMPUR, 13 OKT – Perjuangan melawan penularan COVID-19 belum berakhir, sebaliknya Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik atau di medan perang baharu dengan strategi baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Malaysia berjaya menjauhi musibah seperti yang dilihat di banyak negara di serata dunia, bagaimanapun belum lagi keluar daripada bahaya dan hanya boleh memenangi ‘peperangan’ ini jika seluruh rakyat bersatu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial untuk mematuhi SOP.

“Setiap kita memainkan peranan memastikan Keluarga Malaysia selamat daripada COVID-19. Prinsip panduan kementerian adalah jelas dan tanggungjawab kini kepada rakyat untuk melaksanakannya.

“Dunia tidak akan sama lagi. Kita semua perlu belajar setiap tindakan individu mempunyai kesan terhadap masyarakat. Kita perlu membiasakan dan menyesuaikan diri dengan norma baharu ini,” katanya. – Bernama