Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    COVID-19 beri impak positif kepada pembelajaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Pandemik COVID-19 telah mengajar kita untuk bersiap sedia dalam semua hal di mana dengan mengadaptasi dan menggunakan teknologi digital dalam pendidikan telah membolehkan pihak sekolah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

    Sokongan, kerjasama dan persefahaman yang padu daripada ibu bapa dalam masa yang mencabar juga adalah amat dihargai.

    Perkara berkenaan ditekankan oleh Pengetua Sekolah St George, Janidi Jingan semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Graduasi untuk pelajar Taman Asuhan 3, Tahun 6 dan Tahun 11 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar yang diraikan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R Tirol-Ignacio.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah Merit kepada pelajar Taman Asuhan 3, Tahun 6 dan Tahun 11.

    Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran logo digital ulang tahun ke-85 sekolah berkenaan dengan tema ‘Meraikan Masa Lalu, Maju ke Masa Hadapan’.

    Di samping itu, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

    Antara pelajar yang menerima sijil semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...