COVID-19 berjangkit melalui udara?

Bolehkah COVID-19 menyebar ke udara? Ya, mungkin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengakui kemungkinan COVID-19 boleh tersebar melalui udara mengikut keadaan tertentu. Dalam jangkitan dilaporkan baru-baru ini, penularannya dalam persekitaran dalaman yang padat seperti restoran-restoran, kelab malam dan perkumpulan ramai menunjukkan bahawa virus dapat bertahan lama di udara sehingga berpotensi menjangkiti orang lain sekiranya langkah-langkah penjarakan fizikal tidak dilaksanakan dengan tegas.

Pakar mengatakan kekurangan ventilasi dalam situasi ini dianggap telah menyebabkan penularannya, dan mungkin membiarkan virus itu lebih lama berada di udara berbanding biasanya.

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada bulan Mei lalu, para penyelidik mendapati bahawa bercakap telah menghasilkan titisan pernafasan yang dapat kekal di udara dalam lingkungan tertutup selama kira-kira lapan hingga 14 minit.

WHO mengatakan mereka yang paling berisiko terkena jangkitan melalui udara adalah doktor dan jururawat yang melakukan prosedur khusus seperti memasukkan tiub pernafasan atau meletakkan pesakit di ventilator.

Pihak berkuasa perubatan mengesyorkan penggunaan penutup mulut dan hidung serta peralatan lain semasa melakukan prosedur tersebut.

Para saintis berpendapat bahawa risikonya berkurangan jika berada di luar berbanding di dalam rumah, kerana titisan virus berselerakan dalam udara segar, mengurangkan kemungkinan penularan COVID-19. – AP

Penularannya dalam persekitaran dalaman yang padat seperti perkumpulan ramai yang menunjukkan bahawa virus dapat bertahan lama di udara sehingga berpotensi menjangkiti orang lain, maka langkah-langkah penjarakan fizikal tidak dilaksanakan dengan tegas. – AFP