Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19 boleh hancurkan negara baru membangun – PM Pakistan

    ISLAMABAD, 17 MAC – Perdana Menteri Pakistan kelmarin melahirkan perasaan bimbang terhadap kesan daripada koronavirus (COVID-19) yang dilihat berkemungkinan akan menjejaskan ekonomi negara-negara membangun, dan memberi amaran kepada ekonomi yang lebih stabil untuk melupuskan hutang negara-negara miskin di dunia.

    Dalam satu wawancara dengan The Associated Press, Imran Khan mengkritik komen presiden Afghanistan, yang kelihatan menuduh Pakistan menggunakan militan untuk melanjutkan matlamatnya sendiri pada tahun-tahun yang lalu. Khan juga menimbulkan kebimbangan terhadap keganasan Hindu-Muslim yang paling teruk di India dalam dekad ini, mengatakan kerajaan India yang dipimpin oleh Perdana Menteri India mengancam untuk menghalang ratusan juta rakyat melalui undang-undang kewarganegaraan baharu yang kontroversi.

    Khan bersama wartawan AP di pejabatnya di ibu kota Islamabad berkata beliau telah menghabiskan waktunya untuk bertemu pakar bagi membincangkan kesan COVID-19 di Pakistan, yang telah mengesahkan 183 kes setakat ini.

    “Kebimbangan saya adalah kemiskinan dan kelaparan,” kata Khan. “Masyarakat dunia perlu memikirkan untuk melupuskan hutang bagi negara-negara seperti kita, yang sangat terdedah, sekurang-kurangnya yang akan membantu kita dalam menghadapi COVID-19.”

    Beliau berkata sekiranya berlaku wabak serius di Pakistan, dia bimbang bahawa usaha kerajaannya untuk mengangkat ekonomi yang sedia ada akan dilanda masalah dan menjadi lebih teruk. – AP

    Imran Khan ketika tiba untuk sesi temu bual bersama The Associated Press di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda