Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    COVID-19: Brunei catat 139 kes tempatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Sebanyak 140 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 17,031 orang.

    Daripada jumlah kes baru tersebut, 139 adalah kes tempatan dan satu lagi adalah kes import, menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 4,723 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Kementerian Kesihatan turut mengongsikan bahawa dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes berada dalam kategori 4 dan 5.

    Sebanyak 49 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 16,078 kes dengan sebanyak 851 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 16.3 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.8 peratus, manakala itu, 94 peratus menerima dua dos dan 41.5 peratus telah menerima tiga dos.

    Gambar fail kempen inokulasi negara di Stadium Tertutup. Kadar inokulasi negara setakat ini mencecah 94.8 peratus bagi satu dos, 94 peratus dos kedua dan 41.5 peratus bagi dos penggalak.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...