Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    COVID-19: Brunei catat 251 kes tempatan, 1 kes import

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Sebanyak 252 kes baharu jangkitan COVID-19 telah disahkan di Negara Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 18,404 orang.

    Daripada kesemua kes baharu itu, 251 daripadanya adalah kes tempatan manakala satu lagi kes import.

    Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan hari ini, kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes dalam kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi) manakala tiga kes dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi).

    Sebanyak 51 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 16,229 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 2,073 kes. 

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 29.9 peratus.

    Setakat kelmarin, 7 Februari 2022, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.9 peratus, manakala kadar bagi mereka yang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 pula telah mencapai kepada 94.1 peratus.

    Kenyataan turut mengongsikan kadar penduduk yang telah menerima tiga dos vaksin COVID-19 juga mencatatkan peningkatan dan telah mencapai kepada 43.1 peratus.

    Bagi sekatan pergerakan yang dijalankan antara pukul 12 hingga 4 pagi pada 8 Februari pula, tidak ada sebarang kompaun dikeluarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...