Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

COVID-19: Brunei kesan 36 kes baharu

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Sebanyak 36 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 16,022 orang.

Daripada jumlah kes baharu tersebut, 20 adalah kes tempatan dan 16 lagi adalah kes import.

Perkara itu dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

Jumlah kes baharu itu adalah hasil daripada 2,782 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.3 peratus.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, satu kes berada dalam kategori 4, manakala tidak ada kes yang berada dalam kategori 5.

Sebanyak 44 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 15,550 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 370 kes.

Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9.3 peratus.

Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.7 peratus; kadar bagi yang telah menerima dua dos vaksin ialah 93.8 peratus; manakala kadar bagi yang telah menerima tiga dos ialah 35.3 peratus.

Manakala tidak ada pelanggaran arahan yang telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan semalam dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, dan yang demikian tidak ada kompaun yang telah dikeluarkan.

 

 

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -