COVID-19: China batal penerbangan, tutup sekolah

BEIJING, 21 OKT – Pihak berkuasa China membatalkan ratusan pe-nerbangan, menutup sekolah dan terus meningkatkan ujian saringan COVID-19 hari ini.

Ia adalah usaha terbaru republik itu bagi membendung kemunculan semula penularan COVID-19 yang dikaitkan dengan sekumpulan pelancong.

Beijing kekal dengan pendekatan sifar COVID-19 apabila melaksanakan penutupan sempadan ketat dan perintah berkurung bersasar meskipun negara lain cuba melonggarkan sekatan.

Penularan tempatan sebahagian besarnya sudah ditangani, namun China merekodkan kes baharu lima hari berturut-turut, kebanyakannya di wilayah utara dan barat laut, mendorong pihak berkuasa meningkatkan kawalan.

Kes penularan terbaharuberkaitan dengan pasangan warga emas dalam kumpulan pelancong yang bermula di Shanghai sebelum penerbangan ke Xi’an, wilayah Gansu dan Inner Mongolia.

Puluhan kes direkodkan dan kontak rapat berlaku di sekurang-kurangnya lima wilayah termasuk Beijing, sekali gus mendorong kerajaan tempatan melaksanakan ujian saringan besar-besaran.

Selain itu, kawasan tumpuan ramai dan tapak pelancongan, sekolah serta pusat hiburan di kawasan terjejas ditutup selain mengenakan perintah berkurung bersasar di perkarangan perumahan. – AFP