COVID-19 cipta ledakan pelancongan maya di Jepun

TOKYO, 11 OGOS – Perjalanan dalam talian mulai berkembang pesat di Jepun, apabila COVID-19 tersebar dengan kadar yang membimbangkan, dengan beberapa produk pelancongan memberi ruang kepada peserta untuk menikmati pemandangan desa dan berinteraksi dengan penduduk tempatan, dan yang lainnya menawarkan pengalamanan perjalananan maya dan keistimewaan tempatan.

Syarikat pelancongan berusaha untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada pengguna yang tidak dapat melakukan perjalanan jarak jauh berikutan pandemik ini tetapi masih ingin merasai seperti melakukan perjalananan biarpun berada di rumah, lapor Jiji Press.

Hankyu Travel International Co. menawarkan lawatan dalam talian yang menampilkan lokasi bersiar-siar di wilayah Chiba. Apabila imej Gua Kameiwa yang terletak di kota Kimitsu bahagian timur Jepun dipaparkan di skrin komputer peribadi, diiringï suara latar pemandu pelancong berkata: “Di sungai yang mengalir, kelihatan ikan padi Jepun, dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan indah. Pemandangan yang sangat memukau.

Konsep lawatan tersebut semakin popular, dengan seorang peserta berkata, ”Seolah-olah saya sedang berada di sana, ia pengalaman yang menyeronokkan.”

Produk pelancongan ini turut memperkenalkan Gunung Nokogiri, seakan-akan dapat menikmati pemandangan Semenanjung Boso, yang meliputi sebahagian besar wilayah berkenaan. – Bernama