COVID-19 di Indonesia hampir cecah 90,000

JAKARTA, 21 JULAI – Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 89,869 kes selepas 1,655 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sejak 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi, 81 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini 4,320 orang.

“Sebanyak 44,003 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi saluran YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama