Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    COVID-19: Empat berjaya ditemui

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Empat warganegara Brunei telah pun ditemui dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam susulan permohonan bantuan pencarian daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) untuk menjejaki mereka.

    Perkara ini diperjelaskan semasa sesi soal jawab bersama Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media mengenai status terkini jangkitan COVID-19 yang telah berlangsung pada 12 Mac 2020 yang mana Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam sedang menjejaki empat warganegara tempatan yang terlibat dalam perkumpulan keagamaan, tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia yang belum lagi tampil untuk menjalankan pemeriksaan serta ujian COVID-19.

    Di samping itu, PDB ingin menegaskan lagi mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal melaporkan diri sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62 (2) Akta Penyakit Berjangkit iaitu jika sabit kesalahan, boleh membawa denda sehingga $10,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali (kesalahan pertama) manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya, jika sabit kesalahan boleh membawa denda sehingga $20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda