COVID-19: Guru, pentadbir sekolah di Sabah diberi peringatan 

KUDAT, 14 SEPT – Guru, pengetua dan pentadbir sekolah di Sabah diingatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 di sekolah susulan peningkatan jumlah kes baharu di beberapa kawasan di negeri itu.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata ini termasuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan baik.

“Kita kena pastikan SOP sentiasa digunakan dengan baik kerana (sekira-nya) kalau sekolah ditutup semula maka proses nak buka kembali sekolah itu agak rumit.

“Jika berlaku sebarang kes (positif) kita perlu berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk melihat sama ada sekolah tersebut perlu ditutup atau tidak,” katanya berucap pada majlis ramah mesra di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kudat II di sini hari ini.  – Bernama