COVID-19: Hamas, Israel bekerjasama

GAZA, 25 MAC – Selama beberapa minggu, suasana di Semenanjung Gaza yang diduduki kelihatan tenang, satu keadaan yang amat jarang berlaku.

Pemerhati dan pakar politik Palestin berpendapat “kedua-dua pihak yang bertelagah, Israel dan Hamas masing-masing sibuk menumpukan kepada langkah pencegahan terhadap pandemik COVID-19.”

COVID-19 telah meragut puluhan ribu nyawa di seluruh dunia, memaksa  Hamas dan Israel, mengubah medan perang kepada kerjasama tidak langsung untuk memperkukuh langkah pencegahan, lapor agensi berita Xinhua.

Pakar politik Naji al-Batta berkata bukan sahaja Hamas malah Jihad Islam Palestin turut menumpukan usaha untuk memerangi virus itu.

Katanya, Israel, Hamas dan Jihad Islam cuba untuk bersatu tenaga membendung “ancaman paling besar” memandangkan mereka berada di atmosfera yang sama. – Bernama / Xinhua