COVID-19: Indonesia catat 55 lagi kematian

JAKARTA, 27 MEI – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 23,851 dengan 55 kes kematian lagi dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 686 tambahan kes positif baharu, manakala jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,473 orang.

“Ketika ini juga seramai 12,667 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia. – Bernama

Orang ramai mengunjungi gedung beli-belah di medan, Sumatera Utara pada 27 Mei di tengah-tengah pandemik koronavirus masih lagi berleluasa. – AFP4