COVID-19: Indonesia ketatkan penjarakkan sosial

JAKARTA, 10 APRIL – Masjid yang biasanya dipenuhi bagi solat Jumaat dan jalan raya yang biasanya penuh sesak dengan kereta dan motosikal kelihatan sepi ketika pihak berkuasa di ibu negara Indonesia menguatkan langkah-langkah ketat untuk menghentikan penularan COVID-19 setelah kematian semakin meningkat pada minggu lalu.

Presiden Joko Widodo telah menolak perintah berkurung di ibu negara walaupun semakin banyak jangkitan dan sebaliknya mengarahkan penjarakkan sosial dan ujian besar-besaran.

Negara yang memiliki penduduk hampir 270 juta orang dilaporkan hanya mampu memproses 240 ujian yang pa-ling tepat setiap hari dan sebaliknya bergantung kepada ujian pantas yang kurang efektif.

Widodo memetik sifat-sifat dan disiplin budaya Indonesia serta potensi kerosakan ekonomi untuk menolak perintah berkurung.

Namun, gabenor DKI Jakarta itu sedang mencari langkah-langkah ketat kerana kebimbangan terhadap kes-kes yang tidak dapat dikesan.

Jakarta adalah tempat tinggal bagi 10 juta orang, dan 30 juta orang mendiami kawasan besar lain metropolitan itu. – AP

Seorang wanita berdiri di pasar yang kelihatan sunyi di Jakarta, Indonesia. Pihak berkuasa mula mengambil langkah yang lebih ketat untuk menghentikan penularan COVID-19. -AP