COVID-19: Indonesia lepasi angka 200,000

JAKARTA, 8 SEPT – Indonesia mencatatkan 3,046 kes positif COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 200,035 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 90,952 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 100 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,230 orang. – Bernama