COVID-19 Indonesia meningkat 27 kes

JAKARTA, 10 MAC – Jumlah kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27 kes hari ini. Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak lapan lagi kes positif virus itu disahkan hari ini, berbanding 19 kes yang dicatatkan semalam.

“Kebanyakan kes positif COVID-19 di Indonesia adalah dalam kalangan mereka yang pulang dari luar negara,” katanya di Istana Presiden, di sini, yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.

Achmad berkata sembilan kes sebelum ini juga telah didapati negatif atau sembuh, namun mereka terbabit masih menerima rawatan intensif dan pemantauan rapi di Rumah Sakit (Hospital)  Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta. – Bernama