COVID-19: Iran catat angka tertinggi dalam sehari

TEHRAN, 8 MAC – Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 49 kematian baharu akibat koronavirus (COVID-19), angka tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak permulaan wabak di negara ini.

“Sekurang-kurangnya 194 penduduk yang jatuh sakit dengan penyakit COVID-19 telah meninggal dunia,” kata jurucakap kementerian kesihatan, Kianoush Jahanpour dalam sidang berita televisyen.

Wabak virus di Iran adalah salah satu negara yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi di luar China, di mana penyakit itu bermula.

Jahanpour menambah bahawa 743 jangkitan baharu juga disahkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah

kes kepada 6,566 merebak di seluruh 31 wilayah Iran. – AFP