COVID-19: Iran rekod 337 kematian

TEHRAN, 19 OKT – Iran hari ini mengumumkan 337 kematian akibat koronavirus, satu rekod tinggi dalam masa sehari di negara terjejas teruk oleh pandemik itu.

“Dalam masa beberapa hari lalu, kita menyaksikan satu peningkatan tidak dijangka dalam kematian akibat penyakit ini,” kata jurucakap wanita kementerian kesihatan, Sima Sadat Lari dalam siaran langsung di televisyen.

Menurutnya, angka kematian terbaharu itu membawa jumlah kematian keseluruhan kepada 30,712 di Iran semenjak ia pertama kali melaporkan kes virus dalam Februari.

Angka kematian mencecah rekod bagi sehari di Iran berjumlah 279 yang diumumkan Rabu lalu.

Iran mengatakan jumlah jangkitan di negara itu mencecah 534,631 pada Isnin, dengan 4,251 orang diuji positif dalam masa 24 jam.

“Situasi semasa diburukkan lagi dengan sikap mengabaikan protokol kesihatan, pengurangan penggunaan penutup mulut dan hidung dan sikap sosial berbahaya masyarakat dalam masa beberapa minggu kebelakangan,” kata Lari. – AFP